Cuba tengok time idea gersang.Dah elok hadap pc canggeh mana pun at the end save as draft semata jugak kalau dah dia kata No No aku takleh keluar! Maka jadiklah Idea tinggal idea!(Which is most the time I have faced it)
Well aku bukan nak bercerita bende apa yang aku heboh bersembang dengan suara hati minit-minit last tadi.Cuma dalam banyak-banyak twit tu ada dia mentioned 'mesti rindu gila kan kat anak-anak kat mesia'
Yesss..bohong la kalau aku kata "well I'm super duper bionic woman;apa barang nak meratap tangis rindu bagai!"
Tolong jangan jadi manusia munafik bule?
Dan aku percaya mana-mana mak atas muka bumi ni selagimana naluri keibuan dia belum expired or tertukar jadi kebinatangan,aku aci bet tetap akan ada rasa yang menyengat hulu ati tiap kali teringat wajah-wajah kesayangan mereka.Lagi-lagi untuk kaum ibu yang senasib dengan aku ni.Aku di benua sini,anak-anak ngan encik suami di benua sana.Tak banyak,sikit mesti ada rasa rindu dan teringat.
Sekental mana pun awak,kalau dah namanya 'wanita' yang fitrahnya bersifat lembut dan mudah tersentuh paling cikai pun harus adalah rasa hiba nak mengalir airmata bila orang tanya "tak rindu anak-anak kee..?"Hellooo..
So aku nak ceritanya,memang aku rindukan ainan dan arash.Kat cik laling pun aku rindu jugak,tapi rindu kat permata ati ni lain macam skit rasa dia.Kat permata ati yang senior tu setakat dok berbbm pun dah cukup dah jadi penawar, tapi kalau tuk permata hati junior yang dua orang tu dapat skype tengok muka dengar sore gelak-gelak pun rasa tak puas jer!Maybe rindu tu hanya akan rasa terubat bila kita dapat peluk dan cium mereka baru rasa lepas beban tu.
Owhhh angin malam,sampaikan salam rinduku pada dia,dia dan dia..Moga bila mataku terpejam nanti dapat kita bersua meskipun hanya dalam mimpi..
*tetiba tune dah jadi lain...so better aku stop dulu sebelum ada renyai turun jadi sama lebat dengan hujan kat luar umah sana..
Adiosssss..!Jangan mimpi jumpe chris sudaaa laaa..nightmare aku!
Sent using BlackBerry® from Orange
Truly confession,

Bukan menteri mana-mana..
Tok menteri yang kat bawah ni ja..
Al-kisahnya aku bbm cik laling tak balas-balas.
Dah dalam ati cuak semacam. Bz bee sangat ke dia sampai satu message pun tak bule balas!
Okla fine..
Maybe betul kot dia sibuk. Maklumla member jadik cikgu pengawas jaga budak peksa SPM.
Kalau dia tak bagitau dia jadi pengawas peperiksaan, aku pun tak tahu yang SPM 2011 dah pun start hari ni.
*mentang-mentang takde anak or anak buah or anak sepupu or anak kawan yang amek spm, langsung tak amek port aku ni.
Last-last dia balas jugak. Itupun dah petang nak masuk maghrib waktu mesia baru teet teeet message dia masuk.
"Sorri..abang busy dan penat arini..layan tok menteri datang umah lui.."
Aku like..waahhhh..tok menteri..? Dengan penuh skeptikal, aku tanya tok menteri mana plak ni dengan mulia hati mencemar kaki datang masuk kampung? Ingatkan letih sebab berdiri lama jaga peksa..rupanyaa...
"Sat..nanti abang upload gambar.."
Jeng..jeng..jengg..suspention jerk..

Hoh..ingatkan Haji Najib dan Hajjah Rosmah tadi..muakakakaka..no offence yeee..:P
Rupanya Dato' Seri Dr. Rais Yatim..

Dannnn...
Paling buat aku cuak, bila cik laling cakap ada jugak borak pasal aku.
Errkk..pasal aku..?
Ape kes lak ni...
Cik laling kata banyak jugaklah Dato' Rais ni tanya itu ini pasal aku..huhuh..
Aku ni memang jenis lagi-orang-tak-tahu-lagi-aku-suka type punya orang.
Lagi banyak orang tanya itu ini pasal aku, lagi aku gelabah!
Well..sebenarnya bukan totally pasal aku asal usul mana ngaji dan keje mana tu sume..tapi lebih kepada tesis aku ni sebenarnya.
Memandangkan bende yang aku buat ni considerably masih baru kat mesia dan even kat draft department pun masih lagi pending, so memang menjadi satu keperluan untuk jadi rujukan.
So jangan peliklah kalau dia mintak satu copy thesis aku dan nak publish!
Bukan untuk dia, tapi untuk kegunaan semua, especially penggubal undang-undang.
Tu kata dia laaaa...:P
And again..aku gubra!
On one hand, ia suatu compliment (positip..positip..)
On the other, dan dan aku bule rasa macam ada bende segebuk besa jatuh atas kepala.
Dah jadi macam satu tanggungjawab berwajib plak nanti nak kene jumpa dia dan buat seperti yang diminta.
Huhuhu..aku nak phd aku jer..aku tak nak mende-mende laaiinn...!
Truly confession,

Dah namanya tak faham, ko nak gelak apa nya.
Orang gelakkan ko lagi ada laa kan..? Orang buat lawak pun ko tak reti nak detek..Ko gelak pun sebab orang gelak dan bukannya sebab ko rasa bende tu klaka.
Korang faham..?
Kalu tak..silalah gunakan servis google translator..bule gitu.?
Hahahaa..
Oke..kita lari topik sikit.
Penah suatu masa dulu time masih muda remaja, besalah kan anak-anak dara kalu bersembang bab-bab nikah ni macam-macam isu lah keluar kan.
Selalunya bukak cite bab-bab cenggini time kepala sume tengah weng-weng stress assignment banyak la.
Tak pun tengah tensi dok buat tutorial tak siap-siap.*Nak siap apanya kalu asyik dok bersembang jerk kejenya. Huh.
Dah dok bergossip-gosip tu, salah satu topiknya mestilah nak pilih calon suami.
Daripada dok heboh nak laki yang macam mana, sampailah ke negeri mana.
Member-member aku time tu mostly memang kapel dari negeri masing-masinglah.
Kalau yang kelantan tu, sah-sahlah nak kelantan jugak kapel dia.
Lagi-lagi belah pasir mas, kalu bule nak nikah dengan orang depan rumah dia.
Kununnya nanti senang nak balik raya sesama. Takdelaa asyik bermasam muka jerk laki bini tiap kali raya sebab berebut nak balik kampung masing-masing.
Ok fine.
Dah korang memang set-set hot kan, bule laa buat wishing list nak berlakikan sapa-sapa yang korang nak.
Yang stok-stok suam-suam air milo ni, bule nak buat gitu?
Ada orang tengok pun dah cukup baik. Ni lagi kan nak choosy-choosy.
Heloooooo..
Yang aku ni pulak time study dulu mana la nak reti kapel-kapel ni sume.
Plus abang long aku tiap kali datang bangi lawat aku itu jela yang dia pesan: "ngaji mmolek..jange dok gelenyar nak gewe-gewe ni sume..along tahu, siap!"
Hak elaaaa...macamkan laa adik ni spesis retis macam neelofa mohd nor nak pasang balak banyak-banyak.
Plus kalau dah termasuk dalam stok-stok air milo suam ni, dok sah nak menggeletis sangat lah takde sapa nak pandang pun.
So, memang takde dalam agenda lah nak simpan cita-cita nak pilih calon dari negeri mana.
Tapi kalau dah nama bergosip dan mengumpat tu, masing-masing tak nak kalah.
Yang takde boypren pun sama naik jugak bersembang.
Ada ke takde ke..bukan point. Yang penting anganan mesti ada.
Betul?ngegegegeee...
Yang aku ni sebab tak nak nampak copying citarasa orang, maka keluarlah statement berlagak macam ni..
"Aku tak kesah sangat negeri mana-mana, tapi aku tak nak orang negeri sembilan..sebab apa..sebab dorang cakap banyak O O O..!"
Ni lah orang kata..statement makan diri..
Orang cakap besa selalu rugi.
*Eh rugi ke kalau dapat somi yang bukan setakat pandai tapi rajin plak masak, apply plak prinsip 'duit suami duit isteri..' rugi...?
Tak, kan...?
Tapi memang betul aku penah kua statement tak semenggah camni.
Sudahnya apa yang aku tak nak, itu lah yang aku dapat!
Ya..jodoh mungkin..tapi moral of the story kat sini --> no TALK BIG!
Cuma hikmahnya, kalu jodoh aku bukan orang nesmelan, mesti sampai sekarang aku akan buat muka melopong penuh O O O tiap kali dengar bahaso nesmelan ni kek mano-mano.
Makin mongak dorang..makin bongak laaa den!
Truly confession,








*G.r.e.e.n Green G.r.a.s.s By T.h.e River*